Alasan untuk bahagia itu ALLAH, Alasan untuk hidup jua ALLAH semata-mata, Moga ALLAH redha.
Isnin, 24 Februari 2014
Lukisan Suara
Sekadar lukisan suara.
Suara yang tidak berpangkah dan bercabang di hujungnya. Bersimpuhlah diri berulang kali dan hadap saja kebenaran yang terbentang di telapak tangan. Ah.. mentari itu hilang lagi dan rebahlah diri ini di lopak yang dicorak tangan sendiri..!!!
Cerita sebuah lukisan yang tidak berwajah.
Railah hati dan pujuklah si jiwa yang merana kerana apa yang terkisah adalah hati bakar sang mentari.
Ah.. seorang hamba..!!!
Wajahnya tersenyum lagi dalam kemaruk senja. Siapa yang akan percaya dan siapa pula yang akan membuka telinga..?
Sesungguhnya,takdir itu adalah lakaran-NYA kerana DIA yang berkuasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan