Sebagaimana kematian, rezeki, dan ajal, jodoh juga ialah rahsia Allah yang tidak dapat kita duga kedatangannya.
Seperti rata-rata muslimah lain, saya juga seperti mereka tatkala usia semakin lanjut, resah dan gundah selalu menyapa hati kerana memikirkan tentang jodoh yang tidak juga datang menghampiri.
Diluar sana, rakan dan kerabat keluarga, malah sepupu yang baru mencapai usia 7 tahun pun tidak henti bertanya bila si bujang akan bernikah..?
Pelik rasa dihati kerana kerana orang tua juga sama, seolah-olah tidak mengerti kegundahan yang dirasa oleh anak/adiknya, desakan agar si anak/adik segera mengakhiri masa bujang bertubi-tubi diajukan.
Tidakkah kalian tahu, sebagaimana kehidupan itu sendiri, jodoh adalah benar-benar sesuatu yang menjadi urusan Allah. Jadi, yang diluar sana, bersabarlah menanti si bujang ini mengakhiri zaman bujangnya ya..
antara keyakinan-keyakinan yang saya gigih berusaha terapkan di dalam hati ini ialah :
1. Keyakinan bahawa janji Allah adalah pasti telah mutlak terperi di hati ini.
2. Siapa dia, ada di mana, dan bila akan datang? Adalah rahsia Allah yang hanya Allah sahaja yang tahu.
3. Keyakinan bahawa Allah hanya akan mengirimkan orang yang tepat pada masa yang tepat dalam pandangan Allah.
4. Melalui jalan mana jodoh itu akan datang, hanya Allah yang tahu.
Jadi usah terburu-buru kerana, jodoh tidak selamnya harus "sesuai", kerana kesesuaian yang kita utamakan ialah versi kita selaku manusia yang banyak memiliki kelemahan.
Usaha..?
Allah.. segenap usaha yang disertai dengan penyerahan diri secara seluruhnya kepada Allah telah saya lakukan. Penilaian juga telah saya laksanakan hingga alhamdulillah melahirkan satu perubahan diri secara sikit tetapi berterusan, alhamdulillah.
Usahalah kalian gusar kerana empunya diri telah tetap berbaik sangka kepada Allah. Telah saya kuatkan secara berterusan dalam hati, bahawa Allah tidak pernah ingkar janji.
Harapan saya agar rakan dan juga kaum kerabat berlapang dada. Mari kita semua berdamai dengan keadaan, dan terus berfikir secara positif bahawa Allah tidak akan mensia-siakan walau sekecil mana pun usaha hamba-NYA dalam meraih sesuatu yang membawa kepada kebaikan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Akhir kalam.. " semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang bersungguh-sungguh, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan