Assalamualaikum..
Hmm, tidak lama lagi kita nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan kan, jadi di sini saya ingin berkongsi tip-tip untuk mengelakkan kita keletihan ketika berpuasa.. Harap-harap selepas ini tiada alasan untuk tidak berpuasa ya..
TIP-TIP MENGELAKKAN KELETIHAN
1. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
2. Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan.
~ Makanan - makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
3. Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah - buahan, sup dan bubur.
~ Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.
4. Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih ulu hati. Jadi kurangkannya
~ Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana di hadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
5. Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.
* Mereka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelak makanan sebegini. sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
6. Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair.
~ Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu,
agar kamu bertakwa"
agar kamu bertakwa"
[Al Baqarah:183]
SELAMAT BERPUASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan