Apabila dipandang dari sudut berbeza pula, senja mempunyai pelbagai rahsia lain. Sedikit sebanyak ia akan menjelaskan betapa pentingnya larangan Rasulullah itu dipatuhi. Rahsia tersembunyi waktu senja cuba diselongkar walaupun ilmu itu ibaratnya seketul garam di lautan tapi ia cukup bermanfaat sebenarnya. Ilmu ALLAH yang kita ketahui ini hanya sedikit sahaja, ia cuba dikongsi bersama supaya hadis nabi itu dapat difikirkan.
Bagi Pengasas Akademik Aura Metafizik Kuala Lumpur, Dr. Jamaluddin Abdul Jalal, senja adalah satu keadaan yang tidak stabil dari segi gelombang atau aura. Ia adalah perubahan waktu antara siang kepada malam dan proses pertukaran itu akan mewujudkan satu ruang yang tidak stabil. Gelombang siang dan gelombang malam adalah berbeza dan ia penyebab ketidakstabilan itu.
Pada waktu senja, warna alam akan berubah menjadi merah atau jingga. Jika mengikut susunan aura warna pelangi, warna senja terletak pada susunan yang terakhir. Warna jingga itu melambangkan kepanasan.
Manakala dari segi frekuensinya pula warna pada waktu senja berada di dalam frekuensi jin dan iblis (frekuensi infra-red). Ini bermakna jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka berada di dalam gelombang yang sama dengan alam.
Suasana senja yang berwarna merah itu juga menarik minat sejenis jin iaitu jin merah atau angin merah juga disebut angin ahmar, untuk keluar mencari mangsa. Ditakuti, ketika lalunya angin merah itu maka akan terkena pada kita jika berkeliaran di luar pada waktu maghrib.
Gelombang yang serupa seperti senja juga boleh wujud pada waktu lain seperti beberapa waktu yang dilarang solat iaitu ketika matahari naik dan pada waktu rembang (matahari tengah diatas kepala).
Waktu rembang juga mempunyai frekuensi yang sama seperti senja kerana ia adalah perubahan dari pagi ke tengah hari. Ketika matahari naik, ia juga mempunyai gelombang yang tidak stabil iaitu perubahan malam ke pagi.
Ketika azan Maghrib, gelombangnya berada pada tahap ' Theta ' iaitu gelombang yang rendah, tenang dan zon makbul doa.
Ketika senja gelombangnya berada di dalam keadaan tidak stabil, maka azan akan menstabilkannya supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Cuba bayangkan jika dunia ini tanpa gelombang azan pada waktu maghrib, maka gelombang dunia ini akan menjadi tinggi dan macam-macam akan berlaku.
Ketika laungan azan itu juga, syaitan akan lari bertempiaran sebagaimana yang disebut di dalam hadis. Dari Jabir r.a. katanya 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w.. bersabda', " Sesungguhnya apaabila syaitan mendengar azan dia lari hingga sampai ke Rauha (kira-kira 36 batu dari Madinah)."
Dikuatiri ketika syaitan lari lintang pukang semasa mendengar azan ialah apabila mereka berlanggar dengan manusia yang masih berkeliaran pada waktu senja. Pelanggaran itu juga boleh menyebabkan kerasukan.
Ulama berpendapat, ada empat jenis kerasukan jin kepada manusia.
1. Kerasukan dan sentuhan jin kepada seluruh jasad.
2. Sentuhan dan kerasukan juga boleh berlaku kepada sebahagian saja daripada anggota tubuh badan seperti tangan, kaki, atau lidah.
3. Sentuhan atau keasukan juga berlaku secara berpanjangan yakni berada di dalam tubuh pada tempoh yang berterusan.
4. Sentuhan dan rasukan jin juga boleh berlaku cuma sekejap saja.
**** Kenapa Senja itu Masa Larangan ****
Satu perkara yang harus difahami, manusia tidak bersendirian di dunia. Selain manusia, jin, syaitan, malaikat, haiwan dan tumbuhan juga penghuni alam ini.
Memang sudah menjadi sifat golongan jin termasuk syaitan dan iblis diaturkan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan dan menjalankan aktiviti. Sedangkan ketika itu giliran manusia dan sesetengah jenis haiwan untuk berehat dan tidur.
Selain itu, kita tidak digalakkan masuk ke tandas ketika azan Maghrib berkumandang kerana syaitan akan berkumpul di tandas-tandas.
Jangan ambil mudah tentang larangan waktu senja..!!! Apabila Nabi melarang bermakna ia datang dari wahyu ALLAH. Ia harus dipatuhi kerana sesuatu larangan itu pasti ada hikmahnya.
~ Sumber : Majalah Al-Islam (november 2011) m/s 18-19 ~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan