~ Kenali Simptom Pelalau ~
*** Sihir Pelalau Perniagaan ***
1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, ataupun nampak tetapi seperti tidak perasan.
2. Sihir Pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
3. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang sangat, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.
*** Sihir Pelalau Pekerjaan ***
1. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran rungsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa dibuang kerja oleh majikan atau berhenti kerja.
2. Produktiviti pekerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.
*** Sihir Pelalau Pembelajaran ***
1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardu, mengaji Al-Quran, dan sebagainya.
*** Sihir Penghalang Perkahwinan ***
1. Hilang keinginan atau terkunci untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya.
2. Sihir ini boleh menyebabkan pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri dengan tiba-tiba.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan.
Contohnya :
Pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan pertunangan atau perkahwinan walaupun telah dipersetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
Pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan pertunangan atau perkahwinan walaupun telah dipersetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka saling sayang menyayangi.
Sihir seperti ini adalah sihir yang berbentuk ikatan, simpulan atau cengkaman, iaitu selagi sihir itu tidak dirungkaikan, mangsa sentiasa dibelenggu oleh keadaan itu. Sihir jenis ini menggunakan bahan-bahan yang dipuja dan diletakkan di rumah atau ditaman. Rawatan sihir ini sama sahaja seperti yang lain kerana makhluk yang menjadi ejen perlaksanaan sihir itu adalah jin-jin yang jahat.
~ Sumber : Al-Islam (November 2012) ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan