Iblis juga sangat suka jika manusia bersendirian. Sebagaimana dendamnya kepada anak cucu Adam dan Hawa, begitu jugalah dia membenci keturunan Adam dan Hawa. Iblis tidak menyukai sekiranya berlaku penambahan waris keturunan Adam dan Hawa.
Kebanyakkan mangsa Pelalau hanya mendiamkan diri tanpa ingin mengenal pasti punca perubahan yang berlaku kepada mereka.
Masalah Pelalau tidak akan terungkai dengan sendirinya. Dinasihati kepada mangsa Pelalau agar cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat serta bermasyarakat. Bersendirian dan mendiamkan diri menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Mereka juga perlu sentiasa mengingati Allah Maha Pencipta dengan menunaikan solat lima waktu serta mengamalkan beberapa ayat Al-Quran khusus untuk masalah Pelalau ini.
Perawat Perubatan Islam Sinar Zamdurani, Sharhan Safie menganjurkan mangsa Pelalau mengamalkan bacaan 'Surah Hud ayat 57'.
Bagi meraka yang terkena Pelalau penghalang jodoh, dinasihati agar mengamalkan 'Surah Al-Rum ayat 21'
~ Sumber : Al-Islam (November 2012) ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan