Khamis, 25 Disember 2014

Kisah Kita


Awal perkenalan, tertanya2 siapa gerangan lelaki ni, berani sungguh mengorak langkah..
Termanggu sendiri, namanya pun masih belum ku kenal, kenapa dia yg hadir dalam mimpi yang hanya sebentar cuma..
Kata-katanya dalam mimpi itu meruntun hati..
Terfikir, hikmah apa yang sedang ALLAH pertontonkan..??

Bila mula mengenalinya, terasa diri sangat tak layak untuk insan sebaik dia, aku, hmmm.. aku sendiri bukan perempuan baik, bukan bidadari yang layak berdiri disebelahnya, aku cuma perempuan yang tak punya apa, bertatih mendidik diri, mendidik hati..

Ya, aku impikan menjadi seperti muti'ah, wanita yang masuk syurga kerana taat pada suaminya, tapi kelak, apa yang akan kuberi sebagai hadiah teristimewa pada sang suami..???

Ya, aku impikan menjadi serikandi zaman Rasulullah, tapi untuk menapak pun aku lemah..
Sentiasa ku mohon ALLAH pinjamkan semangat mereka padaku, cukuplah hanya menjadi kias srikandi itu..

Tapi aku tahu, aku tidak punya apa2.. jauh dari keistimewaan dan kecantikan.. Agama..?? Masih merangkak-rangkak mendidik diri.. ALLAH.. pilu hati..

Semakin mengenalinya semakin membuatkan aku terfikir, apakah yang sedang aku lalui..??
Semakin aku menjauh, semakin dekat jiwaku pada si dia.. inikah yang dinamakan CINTA..
Ya ALLAH, andai aku jatuh cinta, jadikan cintaku ini hanya kerana-MU.. Jangan jadikan aku sebagai fitnah kepada ketaatannya pada-MU, ku mohon Ya Rabb..

Bila mula rapat dengannya, aku dikhabarkan dengan berita itu, luluh jua hati wanita ini..
Nasihat pada diri sendiri, " iya ALLAH masih menguji, sebagai hamba selayaknya diuji, jangan mudah lemah dan kalah, kau sendiri telah berlapang dada dengan ketentuan Allah kelak. Jadilah kias srikandi yang kuat jiwanya "
Aku kesat air mata yang jatuh, aku bangkit semula..

Dalam setiap titis air mata, aku kaitkan kekuatan jiwa..

Wahai si dia yang telah berada di jiwa, andai kita telah ditakdirkan berjodoh, pimpimlah diriku supaya aku menjadi wanita solehah, bidadarimu disana kelak..

Andai kita diuji dengan jauhnya jarak, ingtlah..
Sejauh mana pun kita, andai ALLAH takdirkan berjodoh, walau dengan apa keadaan jua, kita pasti akan bertemu..

Kelak bila aku menjadi isterimu, ku pohon, didiklah aku dengan santunmu..
Iya, diriku kasar di luar, tapi halus dan lembut jiwa ini, mudah meresap segala didikkanmu dengan segala santun. InshaAllah..

Jika aku menjadi isterimu, maafkan segala kerenahku yang pelbagai, maafkan segala kemanjaanku andai terlampau..
Moga ALLAH merahmati segalanya..

Wahai cinta yang berada di sana..

Moga dikau selalu dalam lindungan Allah..

Aku cinta padamu kerana ALLAH..

Selasa, 9 Disember 2014

Sabarkah Dikau Wahai Bakal Imamku..

Syukur alhamdulillah, aku disahkan mengandung.  Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang.  Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima.  Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan- depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku?  Masihkah engkau cintaku dikala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana.  Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku menimbulkan resah dan tidak selesa.  Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa.  Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya.  Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.  Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga.  Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang.  Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.  Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak- anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Jikalau selepas beberapa tahun berumahtagga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat.  Dikala engkau diasak kelurga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

Jika aku ditakdirkan ALLAH diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku..???

Mampu dan sabarkah engkau wahai bakal suamiku...????







Sabarkah dikau Bidadariku..

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam diri dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya.  Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang 'sense of humour', dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius.
Sabarkah engkau dengan perubahanku nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas.  Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu.  Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku.  Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh daripada mencapai sempurna keperluan.  Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ' menanggung' aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus.  Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan.  Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakanku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang diluar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sana sini untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu, dan adakah aku masih cinta hatimu?

Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakkan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami..??

Sabarkah dikau wahai Bidadariku....




Selasa, 7 Oktober 2014

Ku Mohon Pada-MU ya ALLAH.....

” Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada-Mu aku datang Ya Allah.
Ya Allah, aku tahu ujian ini tanda Engkau mengasihi aku Ya Allah.
Ampunilah segala dosaku Ya Allah.
Sesungguhnya aku khilaf.

Ya Allah, ampunilah aku kerana aku telah melampaui batasku
sebagai hamba-Mu Ya Allah.
Ampunilah aku kerana aku telah menzalimi diri aku Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman, berikanlah aku kekuatan-Mu Ya Allah.
Sesungguhnya tiada kekuatan lain selain dari-Mu.
Sungguh Ya Allah, aku lemah. Aku tidak berdaya.

Namun Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu.
Tatkala diriku hanyut, Engkau datang menyedarkanku.
Tatkala diriku rebah tersungkur, Engkau datang memautku.
Tatkala diriku lemah, Engkau datang membelaiku.

Ya Muhaimin, sungguh aku tidak dapat lari dari cinta-Mu.
Semakin jauhku dari-Mu, semakin dekat Kau menghampiri daku,
Semakin cuba ku dekati, semakin kuat Kau mendugai aku.

Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu yang kerdil lagi hina.
Sesungguhnya hati ini milik-Mu. Sesunggguhnya jiwa ini milikmu.
Dan sesungguhnya segala-galanya adalah milik-Mu Ya Allah.

Ya Allah, kali ini aku redha di atas segala ketetapan-Mu Ya Allah.
Aku tidak seharusnya mengeluh Ya Allah, kerana aku tidak berhak.
Aku hanyalah ciptaan-Mu Ya Allah, hanyalah hamba-Mu yang hina.

Ya Rabbi, aku mohon dengan-Mu dengan penuh keampunan Ya Allah.
Aku datang kepada-Mu dengan penuh pengharapan Ya Allah.
Engkau peganglah hati ini kepada-Mu, jangan biarkan ia lalai lagi Ya Allah.
Jangan kotorkannya lagi Ya Allah. Jauhilah aku dari berputus asa dengan-Mu.
Aku mohon, jangan palingkan aku dari-Mu.

Aku mohon Ya Allah, aku mohon, jadikanlah aku hamba-Mu.
Jadikanlah aku sebenar-benar hamba-Mu Ya Allah.
Tiada yang lain melainkan-Mu Ya Allah.
Hanya kepada-Mu aku bergantung harap.
Dan hanya kepada-Mu aku bersujud.

Kuatkanlah imanku dan hatiku untuk menghadapi setiap ujian-Mu.
Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafilakhiroti hasanah, waqina azabannar.
Wassollallahualasayydinamuhammad, wa’ala alihi wasohbihiwassalam,
Walhamdulillahirrobil ‘alamin.”







Isnin, 15 September 2014

Takdir Cinta


Dalam kelam malam..
Dudukku ditepi jendela..

Bertanyakan pada angin..
Tentang kita..
Tentang mereka..

Bertanya adakah pertemuan kita sememangnya telah diaturkan disana..??
Soalan yang tiada jawapan untuk hati..

Ya Rabb..
Adanya dia bukanku yang mahu..
Tidak pernah terbayangkan takdirku..
Menerima dan mungkin saat nanti harus merelakan..

Sesungguhnya jiwa berderai tangis..
Diatas sajadah cintaku..
Tangisan itu akhirnya berderaian..

Musahabah, Muhasabah..!!!
Adakah ini harusku lalui dalam hijrah cintaku Ya Rabb..??
Muhasabah cintaku menjawab..
Antara ikhlas, cinta dan ibadah..

Ya Rabb..
kuatkanlah supaya aku tidak jatuh..
Tabahkanlah aku melalui denai Takdir Cinta ini demi menuju Cinta-MU..

Ya ALLAH..
Tuntunlah hatiku.....


Selasa, 24 Jun 2014

Tip Elak Letih Semasa Berpuasa.

Assalamualaikum..
Hmm, tidak lama lagi kita nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan kan, jadi di sini saya ingin berkongsi tip-tip untuk mengelakkan kita keletihan ketika berpuasa.. Harap-harap selepas ini tiada alasan untuk tidak berpuasa ya.. 

TIP-TIP MENGELAKKAN KELETIHAN

1.   Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.  Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.

2.   Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan.

   ~ Makanan - makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.


3.   Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah - buahan, sup dan bubur.

  ~ Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.


4.   Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih ulu hati. Jadi kurangkannya

  ~ Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana di hadam terlalu cepat.  Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.


5.   Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.  

  * Mereka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelak makanan sebegini.  sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.


6.   Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair.

  ~ Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa 
sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, 
agar kamu bertakwa" 
[Al Baqarah:183]


SELAMAT BERPUASA





Khamis, 12 Jun 2014

Aiskrim Oreo HandMade

Sekarang macam-macam hal berkaitan isu makanan.. Bila kita mula hendak membeli makanan, terasa ragu-ragu kan..?

Disini saya letakkan satu resepi aiskrim, sangat mudah dan pantas, anda pun akan puas hati kerana ia aiskrim yang anda buat sendiri..


Aiskrim Oreo..

Bahan-Bahan :

   1. Susu Pekat - 1 cawan ( ikut kemanisan masing2 )

   2. Susu Cair - 1 1/2 gelas ( ikut kecairan dan kepekatan yang dikehendaki )

   3. Ovalette - 1 Sudu ( Pastikan Halal )

   4. Sedikit asen Vanilla

* Blendkan Bahan-bahan hingga kelitahan gebu.

Cara Buat :

1. Gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo ( Vanilla ) yang dah dihancurkan.

2. Masukkan dalam peti ais ( Freezer )

3. Setelah keras, boleh keluarkan untuk dimakan.





Selasa, 27 Mei 2014

Aku..



Adakah akan kuat kaki ini melangkah..?
Apabila disapa duri yang menanti..
Akan kaburkah mata yang menatap..?
Pada debu yang pasti hinggap..

Aku gadis biasa.
Aku bukan gadis yang cantik.
Aku tidak sesolehah yang lain.
Aku akui diriku tidak sempurna.

Aku juga bukan seorang Hafizah, dan seringkali lalai dalam agama.
Dalam tangisanku hati ini kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka,
kerana redha Allah bukan milik manusia."

Aku mengesat perlahan pipiku..
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna.
Tapi aku mahu menjadi hebat pada pandangan ALLAH"


Sabtu, 10 Mei 2014

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Cinta

Jiwa halus seorang wanita hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.


Kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat.  Ya Allah.. bantulah aku..
Aku bersyukur kerana di saat hati dirundung duka dan luka, Allah menghadiahkan sabahat disisi, kata-kata semangat dan nasihat mereka pengubat jiwa yang lara.
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ” kata mereka..
Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah.  Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey.
 Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi.  Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. 
Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. 
Hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar mereka mengingatkanku.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada mereka lembut, namun ada sedikit ketegasan.
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut mereka tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. 
Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. 
Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. 
Kami sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan kami tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Mereka senyum manis..
Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
Alhamdulillah…  Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” 
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” 


Selasa, 6 Mei 2014

Menanti Jodoh

Sebagaimana kematian, rezeki, dan ajal, jodoh juga ialah rahsia Allah yang tidak dapat kita duga kedatangannya.

Seperti rata-rata muslimah lain, saya juga seperti mereka tatkala usia semakin lanjut, resah dan gundah selalu menyapa hati kerana memikirkan tentang jodoh yang tidak juga datang menghampiri.

Diluar sana, rakan dan kerabat keluarga, malah sepupu yang baru mencapai usia 7 tahun pun tidak henti bertanya bila si bujang akan bernikah..?

Pelik rasa dihati kerana kerana orang tua juga sama, seolah-olah tidak mengerti kegundahan yang dirasa oleh anak/adiknya, desakan agar si anak/adik segera mengakhiri masa bujang bertubi-tubi diajukan.

Tidakkah kalian tahu, sebagaimana kehidupan itu sendiri, jodoh adalah benar-benar sesuatu yang menjadi urusan Allah.  Jadi, yang diluar sana, bersabarlah menanti si bujang ini mengakhiri zaman bujangnya ya..

antara keyakinan-keyakinan yang saya gigih berusaha terapkan di dalam hati ini ialah :

1. Keyakinan bahawa janji Allah adalah pasti telah mutlak terperi di hati ini.
2. Siapa dia, ada di mana, dan bila akan datang?  Adalah rahsia Allah yang hanya Allah sahaja yang tahu.
3. Keyakinan bahawa Allah hanya akan mengirimkan orang yang tepat pada masa yang tepat dalam pandangan Allah.
4. Melalui jalan mana jodoh itu akan datang, hanya Allah yang tahu.

Jadi usah terburu-buru kerana, jodoh tidak selamnya harus "sesuai", kerana kesesuaian yang kita utamakan ialah versi kita selaku manusia yang banyak memiliki kelemahan.

Usaha..?

Allah.. segenap usaha yang disertai dengan penyerahan diri secara seluruhnya kepada Allah telah saya lakukan.  Penilaian juga telah saya laksanakan hingga alhamdulillah melahirkan satu perubahan diri secara sikit tetapi berterusan, alhamdulillah.

Usahalah kalian gusar kerana empunya diri telah tetap berbaik sangka kepada Allah.  Telah saya kuatkan secara berterusan dalam hati, bahawa Allah tidak pernah ingkar janji.

Harapan saya agar rakan dan juga kaum kerabat berlapang dada.  Mari kita semua berdamai dengan keadaan, dan terus berfikir secara positif bahawa Allah tidak akan mensia-siakan walau sekecil mana pun usaha hamba-NYA dalam meraih sesuatu yang membawa kepada kebaikan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Akhir kalam.. " semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang bersungguh-sungguh, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Sabtu, 12 April 2014

Sherlock Holmes..

Keterujaan kepada cerita Sherlock yang disiarkan di astro membuatkan saya mencari artikel berkenaan watak Sherlock Holmes dan saya kongsikan disini..


Siapa Tak Kenal Sherlock Holmes?

Siapa yang tidak kenal Sherlock Holmes, watak fiksyen paling tersohor dari ranah sastera Inggeris? Inilah perunding detektif paling terkenal di dunia, yang berjaya tercatat dalam Guinness World of Records sebagai "watak yang paling banyak dimainkan di filem," dengan total 75 pelakon yang pernah memerankannya!

Sejarah Sherlock Holmes

Sherlock Holmes adalah buah karya penulis Scotland, Sir Arthur Conan Doyle, yang mencipta profesion perunding detektif pertama di dunia. Detektif yang satu ini dikenal genius, logik, jago menyamar, pemerhati yang hebat, dan ahli penyimpulan deduktif, yang bermakna menarik kesimpulan umum dari hal-hal kecil. Menurut pengakuan Doyle, watak tersebut terinspirasi dari Dr. Joseph Bell, dosennya saat kuliah perubatan. Total, kisah Sherlock Holmes ditulis dalam bentuk empat novel, iaitu A Study in Scarlet, The Sign of The Four, The Hound os the Baskervilles, dan The Valley of Fear, serta 56 cerita pendek yang diterbitkan dalam lima antologi, iaitu The Adventures of Sherlock holmes, The Memoirs of Sherlock Holmes, The Return of Sherlock Holmes, His Last Bow, dan The Case-Book of Sherlock Holmes.

Kemunculan Sherlock Holmes

Kemunculan Sherlock Holmes pertama kali adalah pada tahun 1887 dalam novel A Study in Scarlet. Ketika itu, usia Doyle baru 28 tahun, dan karyanya tersebut dipandang para pengkritik sebagai karya latihan, kerana struktur dan gaya tulisannya yang belum stabil.Namun novel ini tetap menjadi karya sastera paling berpengaruh dari abad ke-19.Sebelumnya, naskah novel tersebut sempat ditolak sejumlah penerbit. Baru setelah Ward Lock menerbitkannya, respons awam menggiring Doyle untuk terus menghasilkan kisah Sherlock Holmes. Pada 1891, Doyle memulakan kerjasama dengan majalah Strand, yang menerbitkan cerpen tentang Sherlock Holmes selama 25 tahun!
Sebahagian besar kisah Sherlock Holmes dituturkan oleh Dr. John H. Watson. Pertemuan mereka terjadi pada 1881, ketika Dr. Watson, yang harus bersara awal dari tentera kerana kecederaan, harus mencari tempat tinggal di London. Dr. Watson berpapasan dengan teman lamanya, Stamford, yang lantas, memperkenalkannya kepada Sherlock Holmes, yang juga sedang mencari rakan untuk berkongsi sewa apartmen. Tak lama, Sherlock Holmes dan Dr. Watson sepakat menjadi teman seapartemen. Sejak itu pula, Watson menjadi partner Sherlock Holmes dalam menyelesaikan kes-kes yang datang ke tempat amalan mereka: 221B Baker Street.
Watson mempunyai dua peranan unik dalam hidup Sherlock Holmes, yang digambarkan sebagai penyendiri yang tak punya teman. Pertama adalah sebagai pembantu dalam menyiasat kes. Kedua, sebagai dokumentari dari kes-kes mereka. Pertemanannya dengan Watson adalah hubungan terpenting yang Sherlock Holmes miliki. Sebalik karakternya yang sejuk Sherlock Holmes sangat menyayangi sahabatnya itu.
Watson sendiri menggambarkan Sherlock Holmes sebagai lelaki bijak yang bohemian.Artinya, meski kaedah penyelidikan dan berfikir Sherlock Holmes sangat rapi dan cemerlang, secara peribadi ia sipi dan berantakan. Sherlock Holmes juga gemar membuat bingung para polis yang sukar mengikuti kejeniusannya. Kerana itu, Sherlock Holmes kerap dicap sombong, dan menganggap penyelesaian kes sebagai permainan ketimbang aksi menegakkan keadilan.

Era yang Tepat Untuk Sherlock Holmes

Sherlock Holmes dan Watson disukai pembaca di era Victorian kerana, di masa itu, wrga bandar besar Inggeris amat takut dengan aksi jenayah yang berleluasa. Kehadiran perunding detektif dan doktor / tentera, meski palsu, membuat warga Victoria mencari sosok pahlawan. Faktanya, duo maut beza watak ini masih digemari di era moden.

Sherlock Holmes adalah Inspirasi Besar bagi Sains Forensik

Sherlock Holmes adalah inspirasi besar bagi ilmu forensik, terutama dengan kepiawaiannya mengamati jejak kasut, jejak ban, bekas darah, sisa racun, dan analisi balistik. Sherlock Holmes juga adalah sosok pertama yang memperkenalkan penggunaan kaca pembesar sebagai alat penyelidikan. Atas jasanya terhadap ilmu forensik, pada 2002, Royal Society of Chemistry di Inggeris menganugerahkan honorary fellowship kepada Sherlock Holmes. Ia adalah satu-satunya watak fiksyen yang menerima anugerah itu.

Tepu Sang Penulis Terhadap Sherlock Holmes

Doyle rupanya sempat jenuh menulis soal Sherlock Holmes, dan memutuskan untuk 'membunuhnya'. Dalam cerpen The Final Problem yang terbit pada 1893, Doyle mempertemukan Sherlock Holmes dengan musuh bebuyutannya, Profesor James Moriarty, perunding jenayah. Di klimaks cerita, mereka berhadapan di Reichenbach Falls, tempat pelancongan tempatan di Switzerland, dan bertarung sampai jatuh bersama ke dalam jurang.
Public gempar! Sebanyak 20,000 pembaca membatalkan langganan mereka terhadap majalah Strand untuk menunjukkan protes atas kematian perunding detektif kesayangan mereka. Akhirnya dengan desakan dari penerbit, Doyle kembali menghidupkan tokohnya dalam The Hound of the Baskervilles. Sejak itu, Doyle kembali menulis tentang Sherlock Holmes selama 24 tahun berikutnya.

Pencipta di sebalik watak Sherlock Holmes

Tak heran kalau Sherlock Holmes ahli dalam ilmu forensik kerana pencipta watak Sherlock Holmes ini adalah seorang doktor. Tapi siapakah sebenarnya Doyle?
Arthur Ignatius Conan Doyle lahir pada 22 Mei 1859, di Edinburgh, Scotland, dari keturunan Ireland. Ayahnya, Charles Altamont Doyle, adalah beralkohol. Keluarga mereka hidup miskin dan tidak terlalu bahagia.
Ketika Doyle berusia 9 tahun, kerabat yang kaya-raya membiayai sekolahnya. Doyle pun belajar di sekolah asrama selama 7 tahun. Jiwanya yang bebas dan cenderung pemberontak tidak menyukai sistem sekolah yang kaku. Untuk menghibur diri, ia mengarang cerita. Banyak teman sekolahnya yang suka mendengar cerita-cerita karya Doyle.
Pada 1876 Doyle lulus, namun sang ayah malah masuk rumah sakit jiwa. Doyle pun memutuskan untuk masuk jurusan perubatan di University of Edinburgh. Di tengah-tengah kajian, ia sempat menulis cerpen dan menghantarnya ke pelbagai media. Doyle berusia 20 tahun ketika ditawarkan menjadi doktor di kapal Hope yang menuju Kutub Utara. Dalam perjalanan inilah jiwa pengembaraan Doyle terasah.
Setelah kembali ke Inggeris dan lulus sebagai doktor, Doyle membuka amalan di Portsmouth. Perlahan tapi pasti, karier sang doktor muda menanjak. Ia juga mula membina keluarga bersama Louisa Hawkins, yang dinikahinya pada 1885. Namun bukan bermakna hasratnya untuk menjadi seorang penulis dapat dilupakan begitu saja.
Pada Mac 1886, Doyle mula menulis novel yang akan melonjakkan namanya. Dua tahun kemudian, novel tesebut, A Study in Scarlet, terbit, dan dunia mengenal Sherlock Holmes dan Dr. Watson. Lalu kemudian Sherlock Holmes menjadi legenda dan Doyle pun meninggalkan kerjaya sebagai doktor untuk sepenuhnya menumpukan perhatian sebagai penulis.
Pada Julai 1930, sang pengarang besar ditemui terjatuh di laman rumahnya di East Sussex, dengan satu tangan mencengkam dada kiri. Ia menghembuskan nafas terakhir dikelilingi keluarganya, dengan kata-kata terakhir yang ditujukan untuk sang isteri, "Engkau Sungguh Indah". Kata-kata yang juga mencerminkan perjalanan hidup sang pencipta Sherlock Holmes.
Sir Arthur Conan Doyle juga menulis novel terkenal lain, yang berkisah tentang kewujudan haiwan prasejarah di Amazon: The Lost World.
Pada 1914, adaptasi filem pertama dari kisah Sherlock Holmes, A Study In Scarlet, dibuat. Filem bisu ini memaparkan James Bragington, akauntan yang dipilih kerana dianggap paling mirip dengan ilustrasi Sherlock Holmes karya Sidney Paget. Sayang filem bersejarah ini dinyatakan hilang.
Sherlock Holmes yang hidup di abad 21? Itulah yang dibuat oleh BBC One.Memindahkan latar Victoria ke millenium, Sherlock Holmes dan Dr. Watson memakai internet dan Blackberry untuk menyelesaikan kes-kesnya.

Rabu, 9 April 2014

Apabila Senja Melabuhkan Tirainya (Last)

Apabila dipandang dari sudut berbeza pula, senja mempunyai pelbagai rahsia lain.  Sedikit sebanyak ia akan menjelaskan betapa pentingnya larangan Rasulullah itu dipatuhi.  Rahsia tersembunyi waktu senja cuba diselongkar walaupun ilmu itu ibaratnya seketul garam di lautan tapi ia cukup bermanfaat sebenarnya.  Ilmu ALLAH yang kita ketahui ini hanya sedikit sahaja, ia cuba dikongsi bersama supaya hadis nabi itu dapat difikirkan.

Bagi Pengasas Akademik Aura Metafizik Kuala Lumpur, Dr. Jamaluddin Abdul Jalal, senja adalah satu keadaan yang tidak stabil dari segi gelombang atau aura.  Ia adalah perubahan waktu antara siang kepada malam dan proses pertukaran itu akan mewujudkan satu ruang yang tidak stabil. Gelombang siang dan gelombang malam adalah berbeza dan ia penyebab ketidakstabilan itu.

Pada waktu senja, warna alam akan berubah menjadi merah atau jingga.  Jika mengikut susunan aura warna pelangi, warna senja terletak pada susunan yang terakhir.  Warna jingga itu melambangkan kepanasan.

Manakala dari segi frekuensinya pula warna pada waktu senja berada di dalam frekuensi jin dan iblis (frekuensi infra-red).  Ini bermakna jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka berada di dalam gelombang yang sama dengan alam.

Suasana senja yang berwarna merah itu juga menarik minat sejenis jin iaitu jin merah atau angin merah juga disebut angin ahmar, untuk keluar mencari mangsa.  Ditakuti, ketika lalunya angin merah itu maka akan terkena pada kita jika berkeliaran di luar pada waktu maghrib.

Gelombang yang serupa seperti senja juga boleh wujud pada waktu lain seperti beberapa waktu yang dilarang solat iaitu ketika matahari naik dan pada waktu rembang (matahari tengah diatas kepala).  

Waktu rembang juga mempunyai frekuensi yang sama seperti senja kerana ia adalah perubahan dari pagi ke tengah hari.  Ketika matahari naik, ia juga mempunyai gelombang yang tidak stabil iaitu perubahan malam ke pagi.

Ketika azan Maghrib, gelombangnya berada pada tahap ' Theta ' iaitu gelombang yang rendah, tenang dan zon makbul doa.

Ketika senja gelombangnya berada di dalam keadaan tidak stabil, maka azan akan menstabilkannya supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.  Cuba bayangkan jika dunia ini tanpa gelombang azan pada waktu maghrib, maka gelombang dunia ini akan menjadi tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Ketika laungan azan itu juga, syaitan akan lari bertempiaran sebagaimana yang disebut di dalam hadis.  Dari Jabir r.a. katanya 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w.. bersabda', " Sesungguhnya apaabila syaitan mendengar azan dia lari hingga sampai ke Rauha (kira-kira 36 batu dari Madinah)."

Dikuatiri ketika syaitan lari lintang pukang semasa mendengar azan ialah apabila mereka berlanggar dengan manusia yang masih berkeliaran pada waktu senja.  Pelanggaran itu juga boleh menyebabkan kerasukan.

Ulama berpendapat, ada empat jenis kerasukan jin kepada manusia.

1. Kerasukan dan sentuhan jin kepada seluruh jasad.

2. Sentuhan dan kerasukan juga boleh berlaku kepada sebahagian saja daripada anggota tubuh badan seperti tangan, kaki, atau lidah.

3. Sentuhan atau keasukan juga berlaku secara berpanjangan yakni berada di dalam tubuh pada tempoh yang berterusan.

4. Sentuhan dan rasukan jin juga boleh berlaku cuma sekejap saja.


**** Kenapa Senja itu Masa Larangan ****

Satu perkara yang harus difahami, manusia tidak bersendirian di dunia.  Selain manusia, jin, syaitan, malaikat, haiwan dan tumbuhan juga penghuni alam ini.

Memang sudah menjadi sifat golongan jin termasuk syaitan dan iblis diaturkan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan dan menjalankan aktiviti.  Sedangkan ketika itu giliran manusia dan sesetengah jenis haiwan untuk berehat dan tidur.

Selain itu, kita tidak digalakkan masuk ke tandas ketika azan Maghrib berkumandang kerana syaitan akan berkumpul di tandas-tandas.

Jangan ambil mudah tentang larangan waktu senja..!!!  Apabila Nabi melarang bermakna ia datang dari wahyu ALLAH.  Ia harus dipatuhi kerana sesuatu larangan itu pasti ada hikmahnya.


~ Sumber : Majalah Al-Islam (november 2011) m/s 18-19 ~

Apabila Senja Melabuhkan Tirainya.. (Part 3)

Kebolehan jin, syaitan dan iblis memasuki tubuh manusia melalui saluran darah telah pun diketahui oleh Rasulullah s.a.w.. melalui sabda Baginda, " Sesungguhnya syaitan itu bergerak bebas di dalam tubuh anak Adam melalui saluran-saluran darahnya ."

Virus dan bakteria ada unsur luar yang tidak dikenali yang memasuki tubuh manusia sama ada melalui udara, air atau sentuhan pada kulit dan bergerak di dalam tubuh badan manusia melalui salur darah lalu menempati di sel-sel serta organ-organ dalaman.  Ini adalah bersamaan dengan sifat kejadian jin yang halus dan boleh mengubah bentuk mengikut keadaan.  Ia boleh memasuki tubuh manusia melalui rongga tubuh yang terbuka dan terdedah seperti mulut atau hidung mahupun liang-liang roma.

Fakta ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian perubatan moden yang mendedahkan punca bagaimana sesuatu penyakit merebak.  Ia boleh merebak antaranya melalui udara, sentuhan mahupun makanan tercemar.


**** Tutup Dengan Menyebut Nama ALLAH ****

Sifat kejadian jin dan syaitan sememangnya halus dan tiada berbentuk sebagaimana kejadian api.  Walau bagaimanapun, keistimewaan ini mempunyai beberapa batasan.  Antaranya mereka tidak dapat menembusi sesuatu yang disebutkan dengan nama ALLAH padanya.

Selain makanan dan minuman, aurat manusia juga menjadi perhatian syaitan.  Sesetengahnya menjadikan kemaluan manusia sebagai kediaman.  Sesetengah yang lain pula duduk bertenggek pada aurat yang terdedah seperti rambut, punggung dan dada wanita.

Walaupun makhluk ini dapat melihat aurat manusia, namun penglihatan tersebut menjadi terhalang sekiranya manusia membaca doa-doa  yang wiridkan dari Rasulullah s.a.w.. sebagai contoh doa masuk tandas.

Begitu juga dengan aurat yang ditutup rapi semata-mata kerana ALLAH (bukan kerana fesyen) menyebabkan syaitan dan jin tidak dapat masuk.  Maka disebabkan itulah Rasulullah s.a.w.. menyarankan umatnya agar berdoa dengan doa masuk tandas dan doa2 lain seperti ketika hendak bersama dengan isteri.

~ Sumber : Majalah Al-Islam (November 2011) m/s 15

Isnin, 7 April 2014

Apabila Senja Melabuhkan Tirainya.. (Part 2)

**** Laranglah Anak-anak Keluar Rumah ****

Dr. Mahyuddin juga mengutip pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Bari.  Di dalam kitab itu dikatakan anatara hikmah Rasulullah s.a.w.. melarang anak-anak bermain di luar rumah pada waktu senja ialah kebimbangan terhadap gangguan syaitan.  Pada saat itu, kotoran-kotoran dan najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri anak-anak ketika mereka leka bermain.

Kanak-kanak juga tidak dibentengi diri mereka dengan amalan-amalan zikir yang boleh mencegah gangguan syaitan terhadap mereka.  Ketika syaitan-syaitan berkeliaran, biasanya mereka akan bergantung pada apa sahaja yang boleh mereka jadikan gantungan.  Kerana itu dibimbangi terjadi hal-hal yang tidak diinginkan pada anak-anak itu.

Dari satu aspek lain, kanak-kanak terutamanya yang belum mumayyiz memiliki hati yang bersih daripada dosa dan tiada hijab.  Keadaan itu memungkinkan kanak-kanak dapat melihat makhluk-makhluk halus atau merasai tindakan makhluk-makhluk tersebut.

Nabi s.a.w.. bersabda, " Setiap anak Adam ketika lahir ditusuk di kedua tepi badannya oleh syaitan dengan jarinya kecuali 'Isa ibni Maryam', syaitan hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri (ibunya)." Kerana itulah bayi yang baru lahir dapat merasai tusukan tersebut lalu menangis.  Tidak hairan juga jika ada bayi-bayi yang menangis pada waktu senja atau tengah malam kerana diganggu oleh makhluk-makhluk ini.  

Selain kanak-kanak, Islam juga melarang penganutnya membiarkan ternakan mereka berkeliaran pada waktu senja.  Di kalangan jin dan syaitan, mereka juga mempunyai haiwan ternakan.  Boleh jadi dibimbangi haiwan ternakan manusia ini akan dirosakkan oleh jin yang menyerupai anjing atau oleh haiwan ternakan jin itu sendiri.

**** Menutup Bekas Minuman dan Makanan ****

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.. " Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingatiALLAH (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, maka syaitan akan berkata kepada golongannya, 'Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam'.  Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan ketika ingin makan tidak mengingati ALLAH, syaitan berkata kepada golongannya, 'Kalian telah mendapat tempat bermalam'," (HR Muslim)

Tegasnya, perintah Rasulullah s.a.w.. agar menutup bekas air dan makanan ada asasnya.  Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan, makanan atau minuman yang terdedah akan mudah dimasuki kuman dan bakteria.  Ia boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemudaratan kepada kesihatan manusia.


~ Sumber : Majalah Al-Islam (November 2011) m/s 14

Ahad, 6 April 2014

Apabila Senja Melabuhkan Tirainya (Part 1)

Senja kala.. ada apa sebenarnya dengan senja..?
Teringat sewaktu kecil ketika di kampung, atuk selalu bising apabila hari sudah merangkak senja.  Semua cucunya diarahkan naik ke rumah dan bersiap-siap membersihkan diri.  Kemudian duduk diam-diam di dalam rumah, semua pintu dan tingkap diarahkan tutup.  Seolah-olah seperti ada geroda yang hendak menyerang.  Tidak ada siapa pun berani untuk membuka mulut dan bermain-main lagi.  Kata atuk, kalau hendak mandi jangan ketika waktu azan berkumandang.

Saya pasti, ada dikalangan kalian pun dididik sebegitu oleh atuk @ nenek kalian.
Kini, apa yang dididik sewaktu dahulu hampir dilupakan.  Kalau tidak percaya pergilah pasar malam waktu hampir maghrib, ramainya orang amat luar biasa dari waktu lain.  Ketika azan berkumandang masa itulah orang datang berpusu-pusu untuk membeli.

Mungkin katanya moden sangat, sudah tidak hirau lagi waktu senja, tengah malam, subuh atau rembang.  Main langgar saja sedangkan di dalam hadis sudah jelas disebut tentang larangan waktu senja.  Dua kali disebut tentang larangan keluar waktu senja di dalam sahih Muslim.

 Dari Jabir bin Abdullah r.a.  katanya Rasulullah s.a.w.. bersabda, " Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran.  Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama ALLAH, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci (dengan menyebut nama ALLAH).  Tutup tempayanmu dengan menyebut nama ALLAH.  Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama ALLAH, sekalipun dengan membentangkan sesuatu dia atasnya dan padamkanlah lampu (ketika hendak tidur)". (HR Muslim)

Sebuah lagi hadis dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w.yang bermaksud, " Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.  Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja". (HR Muslim)

Inilah peringatan yang semakin dilupakan dan diambil ringan kerana menyangka ia sekadar larangan orang tua-tua.

**** Apa Rahsia Senja Sebenarnya..? ****

Menurut Pengarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan, Dr. Mahyuddin Ismail, senja adalah waktu peralihan antara siang dan malam.  ALLAH telah menetapkan aturan yang khusus buat makhluk-NYA pada kedua-dua waktu tersebut.  

Firman ALLAH Taala dalam Surah An Naba' ayat 10-11, " Dan Kami telah menjadikankan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) sebagai masa untuk mencari rezeki."

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya tentang godaan dan gangguan yang datang pada malam hari. Sesungguhnya di dalam sebuah hadis nabi telah bersabda, " Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari."

Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara dua situasi atau dua keadaan.  Contohnya, antara siang dan malam, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan panas, antara hujan dan panas.

Jika dianalisis lebih mendalam, lautan yang terletak pertembungan anatara dua arus menjadi lokasi pilihan syaitan dan iblis untuk menbina istananya.  Kepercayaan bahawa Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa (iaitu kawasan yang selalu berlaku kehilangan kapal laut dan pesawat secara misteri) sebagai kawasan yang dikuasai oleh kerajaan  jin mungkin ada benarnya.  Kajian sains menunjukkan kedua-dua segi tiga tersebut merupakan kawasan pertemuan antara arus air hangat dan air yang dingin." jelas Dr.Mahuyddin yang juga penulis buku Ahli sihir ke Tali Gantung.

Begitu juga, Ibnu Qayyim Al Jauzi berkata, senja ialah waktu yang paling disukai syaitan.  Pergerakan syaitan pada malam hari lebih hebat berbanding pada siang hari.  Sebab kegelapan malam memberikan kekuatan kepada mereka.  Selain kegelapan, warna hitam turut memberikan kekuatan kepadanya.  Pemuja-pemuja syaitan kebiasaannya memakai panji dan pakaian berwarna hitam.  Rasulullah s.a.w. juga menyuruh agar membunuh anjing berwarna hitam yang mempunyai titik putih di atas mata kerana ia adalah syaitan.

Bagi menghindari dari diganggu oleh makhluk-makhluk yang berkeliaran ini, maka islam menetapkan beberapa ketentuan yang boleh dijadikan sebagai panduan keselamatan.


~ Sumber : Majalah Al-Islam (November 2011) m/s 12-13 ~

PELALAU (Bahagian 3)

~ Kenali Simptom Pelalau ~

*** Sihir Pelalau Perniagaan ***

1.   Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, ataupun nampak tetapi seperti tidak perasan.

2.   Sihir Pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.

3.   Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang sangat, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami  akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.


*** Sihir Pelalau Pekerjaan ***

1.   Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran rungsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa dibuang kerja oleh majikan atau berhenti kerja.

2.   Produktiviti pekerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.


*** Sihir Pelalau Pembelajaran ***

1.   Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.

2.   Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardu, mengaji Al-Quran, dan sebagainya.


*** Sihir Penghalang Perkahwinan ***

1.   Hilang keinginan atau terkunci untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya.

2.   Sihir ini boleh menyebabkan pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri dengan tiba-tiba.

3.   Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan.
      Contohnya :
Pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan pertunangan atau perkahwinan walaupun telah dipersetujui terlebih dahulu.  Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.

4.   Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka saling sayang menyayangi.


Sihir seperti ini adalah sihir yang berbentuk ikatan, simpulan atau cengkaman, iaitu selagi sihir itu tidak dirungkaikan, mangsa sentiasa dibelenggu oleh keadaan itu.  Sihir jenis ini menggunakan bahan-bahan yang dipuja dan diletakkan di rumah atau ditaman.  Rawatan sihir ini sama sahaja seperti yang lain kerana makhluk yang menjadi ejen perlaksanaan sihir itu adalah jin-jin yang jahat.


~ Sumber : Al-Islam (November 2012) ~

PELALAU (Bahagian 2)

Iblis juga sangat suka jika manusia bersendirian.  Sebagaimana dendamnya kepada anak cucu Adam dan Hawa, begitu jugalah dia membenci keturunan Adam dan Hawa.  Iblis tidak menyukai sekiranya berlaku penambahan waris keturunan Adam dan Hawa.

Kebanyakkan mangsa Pelalau hanya mendiamkan diri tanpa ingin mengenal pasti punca perubahan yang berlaku kepada mereka.

Masalah Pelalau tidak akan terungkai dengan sendirinya.  Dinasihati kepada mangsa Pelalau agar cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat serta bermasyarakat.  Bersendirian dan mendiamkan diri menambahkan lagi masalah yang sedia ada.  Mereka juga perlu sentiasa mengingati Allah Maha Pencipta dengan menunaikan solat lima waktu serta mengamalkan beberapa ayat Al-Quran khusus untuk masalah Pelalau ini.

Perawat Perubatan Islam Sinar Zamdurani, Sharhan Safie menganjurkan mangsa Pelalau mengamalkan bacaan 'Surah Hud ayat 57'. 

Bagi meraka yang terkena Pelalau penghalang jodoh, dinasihati agar mengamalkan 'Surah Al-Rum ayat 21'

~ Sumber : Al-Islam (November 2012) ~

PELALAU


PELALAU (Bahagian 1) 

 :: Disini kita pelajari sikit sebanyak tentang sihir pelalau, maklumat-maklumat yang ada disini bukan saya tulis ikut pandai sendiri, tapi dari sumber yang diyakini. :: 

Pelalau atau dikenali dengan nama " Sihir Taitilu Az Zawaji ", antara sebab yang menjadikan sesuatu perkahwinan tidak menjadi. 

Mengulas mengenainya, Perawat Perubatan Islam Sinar Zamdurani, Sharhan Safie, kebanyakan kes yang diterimanya melibatkan penghalang perkahwinan. Kebiasaannya mangsa yang dijadikan pelalau ini adalah wanita. 

Namun begitu, bukan hanya untuk perkahwinan, pelalau juga digunakan untuk menghalang perniagaan, menghalang pembelajaran dan juga pekerjaan. 

Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki sama ada di tempat kerja atau premis perniagaan, menghalang perkahwinan atau menghalang kemajuan dalam pembelajaran. Semua usaha untuk mencari rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah. 

Biasanya juga ia dilakukan disebabkan oleh sifat hasad dengki dan khianat serta permusuhan yang berlaku antara individu. 

Apabila seorang individu terkena sihir halang perkahwinan dan pertunangan ini, mangsa berasa tidak bernafsu ataupun tertutup hati mahu berkahwin. Malah mangsa lebih suka menyendiri dan berkurung sahaja tanpa bergaul dengan masyarakat sekeliling. 

Peluang mengadakan pertunangan dan perkahwinan yang dirancang selalu terhenti di tengah jalan. Apabila sihir berlaku kepada perempuan, selalunya rombongan meminang akan melihat perempuan itu hodoh, kurang menarik atau perempuan itu tidak semena-mena menjadi marah ataupun berang kepada rombongan lelaki yang datang. 

Manakala, apabila lelaki yang menjadi mangsa, dia seolah-olah tidak ada nafsu kepada wanita. Sihir kebanyakannya dihantar oleh bekas kekasih ataupun orang yang meminati magsa atas alasan membalas dendam kerana cinta yang tidak berbalas. 

Sihir pelalau perkahwinan juga adalah sihir bagi mengunci nafsu mangsa sihir. Ini menyebabkan mangsa hilang motivasi ataupun berasa rendah diri ataupun dalam bahasa saintifiknya ' inferiority complex '. Selain itu, ia juga menyebabkan orang lain yang memandang mangsa sihir seperti hodoh ataupun tidak menarik. 

Sihir pelalau ini biasanya menggunakan khidmat makhluk halus iaitu jin. Misalnya, sihir pelalau perniagaan, makhluk halus mahupun jin-jin tersebut dihantar oleh bomoh untuk memastikan premis perniagaan berkenaan tidak dikunjungi oleh pelanggan dengan pelbagai cara. 

Pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin inilah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan pesakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, gelisah, resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab dan lain-lain. 


:: Sumber dari - Majalah Al-Islam ( November 2012 )

Jumaat, 4 April 2014

Wanita

Wanita yang tetap Tersenyum walau hatinya sedang terluka.

Wanita yang tetap Tegar walau sebenarnya ia ingin menangis.

Wanita yang tetap Menerima walau hatinya begitu kecewa.

Wanita yang tetap Kuat walau sebenarnya ia merasa tak sanggup lagi.

Wanita yang tetap Semangat walau diterpa banyak masalah.

Wanita yang tetap Tawakkal karena semuanya akan kembali baik-baik saja.
 

Hapuskan Air Mata, Hilangkan Lara di Hati.



Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia.
Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, sehingga membuat keresahan dan kebimbangan.
Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat akan menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. 

Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, di manakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yang tidak terpisahkan.

Fitrah wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dibandingkan menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, harapan hati akan terbentuklah jiwa-jiwa yang soleh dan solehah. Allah telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya iaitu hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fi sabilillah.

Pernahkan kalian terfikir, adakah hati itu tidak pernah tergores ketika melihat perkahwinan wanita lain yang lebih muda darinya..?
Dapatkah kalian menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak..? atau, tidakkah kalian melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kalian..?

Letih...
Sungguh amat letih jiwa dan raga...
Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah teman sejiwa yang menunggu disana.
Namun ingatlah wahai hatiku jua wahai hati-hati yang merintih..

Dalam islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia diciptakan berpasangan,namun tidak hanya dibatasi dunia fana ini saja.

Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, inshaAllah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertakwa serta sabar atas ujian-NYA yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana ini..

Ingatlah wahai hati.. dunia ini sementara, perbaiki akhlakmu, tingkatkan ibadahmu kerana dikau hanya hamba yang berdosa, dosamu menggunung tinggi, hiasi hatimu dengan iman dan takwa supaya dikau ada bekalan untuk alam akhirat kelak..

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri. Kembalikanlah segala urusan hanya kepada-NYA, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Pemilik Hati.

Tidak usah membandingkan diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk hamba-NYA, meski kau tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-NYA di setiap sujud dan keheningan pekat malam. jadikanlah hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa.

Duhai hati, bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-NYA.

Sabarlah duhai hati yang melara,
Hapuskanlah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Ahad, 16 Mac 2014

Untukmu dari Hatimu.


Kepada si manis peliharaan ALLAH s.w.t,

Mengapa dirimu sering bersedih dengan ujian yang sedang dilalui?
Mengapa matamu yang jernih itu sering dibasahi air mata untuk seseorang yang tidak akan mendatangkan manfaat kepadamu?

Janganlah dibazirkan air matamu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri.
Apakah telah lupa kepada Pemilik nyawa? 

Sekarang... pejamkan mata dan rasailah gerak hati yang bersih. Dapatkah dirimu rasakan yang DIA bersama dan sedang memujuk dan memelukmu bersama dengan kalimah-kalimah suci yang terangkum menjadi satu kitab cinta umat Islam yakni Al-Quran?

Ingatlah... dirimu tidak pernah keseorangan tatkala berasakan dunia ini meminggirkanmu. Tahukah dirimu bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria?

Setiap manusia itu pasti melalui pancaroba berdasarkan kemampuan. Mengukur kemampuan itu adalah di luar kebolehan insan yakni hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Anggaplah bahawa ujian itu sebagai tarbiyah agar tidak alpa dalam kehidupan.

Ingatlah wahai si manis,
ALLAH tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, hadapilah ia dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA yang sabar.

Si manis juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu kelak. Malah InshaAllah, dirimu akan berdiri cemerlang dengan kehendak-NYA. Ingatlah kepada Yang Khaliq, Maha Pencipta. DIA akan sentiasa berada di sisi tidak kira ketika susah mahupun senang.

Wahai si manis, hentikanlah tangisanmu. Bersihkan wajahmu dengan wuduk supaya nur kebahagiaan kembali terpancar di wajah. Tabah ya, si manis dan teruskan perjuangan dengan penuh keyakinan. Berdoalah kepada ALLAH agar membawa pergi dukamu saat titisan air itu mengalir membasahi anggota bagi mensucikanmu. Raupkan wajah dengan air mutlak bagi menyinari wajahmu yang sendu. Usapi tanganmu serata-ratanya dengan harapan sentuhan-sentuhan lalu yang bergelang dosa dapat disucikan. Sentuhi pula ubun-ubun dengan kejernihan air yang mengalir agar dapat meringankan duka yang sedang membeku dan menyinggahi pundakmu. Sucikan pendengaran agar dirimu hanya mendengar bait-bait indah yang mampu mententeramkan dan semoga penyucian sebahagian kaki dapat membawa langkah-langkah menuju keindahan syurga. Justeru, ikhlaslah bersimpuh dan bersujud menghadap ALLAH yang sangat Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hamba-NYA.

Bermula saat ini, berhentilah daripada meratapi nasib kerana rintihan sendu yang meratapi keadaanmu itu datangnya daripada bisikan syaitan durjana. Mohonlah kepada-NYA agar diberi kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup. Kembalilah untuk tersenyum dan tabah dengan ujian.

Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi berpahat kukuh.

Pesan terakhir, jangan lupa untuk bersolat dan bersujud sepenuh hati kerana disitulah punca kedamaian dan kebahagiaan. Bersedialah untuk mengejar cantiknya ufuk fajar sebelum ia terbenam dan tidak muncul kembali.


~ Tika Bidadari Berbisik ~

Selasa, 4 Mac 2014

Buku..

Terkesan saya dengan situasi diri..
Hati yang telah hitam ini hampir seminggu lamanya bersedih, sampaikan terkesan pada kesihatan diri.. 

Sungguh, saya tidak betah dalam keadaan begini, hati kecil saya mendesak untuk mendapatkan motivasi, motivasi yang membuat diri,hati,jiwa dan perasaan berubah..

Saya ingin meraikan hasrat hati.. Ada kesempatan kaki saya melangkah ke mall, tujuan utama ke kedai buku, puas saya mencari, hati masih belum berkenan satu pun pada puluhan buku motivasi yang ada..

Terasa berduka seketika dan lelah bila hati asyik berbicara " Tolonglah hatimu ini, aku tidak sanggup menanggung kesedihan yang tidak sepatutnya". Alhamdulillah, takdir ALLAH sangat indah, saya bertemu sebuah buku " novel " motivasi dari seorang ustazah ditempat kerja.

Sebelum ni saya pegang dan bawa balik novel ini untuk dibaca, tetapi 'berat' untuk saya buka. Kali ini, ALLAH aturkan kaki melangkah ke rak, tangan menggapai naskah tersebut. Syukur alhamdulillah ALLAH bagi kelapangan untuk saya terus mengutip motivasi hebat didalam buku ini.

Benar kan hati ini milik ALLAH, ALLAH yang mengatur segala-galanya dengan Cinta-NYA yang suci.. Terima kasih Ya ALLAH, berkatilah perjalanan ini, redhakanlah kaki ini melangkah ke depan..

Isnin, 3 Mac 2014

Bila ALLAH mengujiku..

Sebenarnya ALLAH mengujiku..

Telah terlalu lama aku lalai dengan cinta dunia..
Kata hati " aku ingin memperbetulkan hatiku dahulu agar luaranku akan berubah cara yang sempurna "..

Tapi aku masih lalai..
Terlalu leka dengan cinta dunia.. Cinta yang sememangnya anugerah ILAHI yang telah dicemarkan.. Telah terlalu jauh aku lalai..

Dengan itu ALLAH menghadiahkan ujian padaku untuk aku sedar yang masa sudah terlalu suntuk.. Bukan masa untuk aku lalai..

Mati itu pasti, hidup inshaAllah.. Jodoh pula.. Ianya satu bonus dalam kehidupan di dunia..

Tidak aku nafikan.. Dalam mendidik hati yang telah hitam ini, terasa sangat perit.. Moga ALLAH membantu diriku..

" Wahai hati yang kecil, sedarlah, kau tidak punya masa di dunia, tabahlah wahai hati, bantulah srikandi kehidupan ini untuk merubah diri, tetaplah dikau dijalan syahadah dan iman, zikirlah.. ALLAH..ALLAH..ALLAH pada setiap saat dan masa supaya dikau tidak diganggu oleh syaitan dalam proses perubahan mu".

Tenanglah wahai srikandi kehidupan, dikau tidak sendiri, ada ALLAH bersamamu.. Teruskanlah langkahmu, majulah dengan semangat juang, berdoalah selalu moga ALLAH membimbingmu saat kamu lemah dan moga ALLAH meminjamkan semangat srikandi terdahulu kepadamu..

Ahad, 2 Mac 2014

Buat Bidadari Bersendirian

Apa khabar wahai bidadari milik ALLAH.

Saya juga hanyalah insan seperti kalian. Seorang perempuan yang dilahirkan tanpa keistimewaan, hanya manusia biasa. Namun takdir yang dijalani tidak serupa seperti kalian...

 Manusia ini ditakdirkan dengan corak hidup yang berbeza-beza. Meskipun pepohonan akar kita berbeza, inshaAllah di hujung ranting akan bertemu satu jalan yang sama.

 Kalian, Saya tidak bertuah seperti kalian yang dikurniakan ILAHI seorang suami dan permata-permata soleh dan solehah sebagai pewaris agama dan keturunan. Sangat cemburu rasa di hati melihat hadiah ALLAH kepada kalian. Namun akhirnya saya meyakini kebahagiaan kalian di dunia ini adalah berbentuk demikian dan kebahagiaan yang saya terima adalah dengan cara yang berbeza.

 Bujang, Hmm...status bujang selalu dikaitkan dengan hidup tanpa kongkongan, kesepian ataupun pengganggu rumah tangga orang. Bukanlah sesuatu yang membanggakan apabila memegang gelaran single atau bujang. Apa yang dapat dipersuratkan hanyalah 'takdir'. Bukankah kita disuruh percaya kepada qadak dan qadar.

 Acap kali, orang bujang seperti saya mengeluh, " Untungnya kawan-kawan aku yang dah kahwin. Seronoknya bila tengok kawan-kawan ada anak."

 Saya berasa begitu sehingga mengalami fobia untuk membuka laman facebook kawan-kawan lama. Kalau boleh rasa ingin menghindari dan tidak mahu bertanya khabar mereka kerana dibimbangi diutarakan 'pertanyaan-pertanyaan maut' yang berulang-ulang. Contohnya, " kau bila lagi?", "umur dah tua, nak tunggu apa lagi?", "Bilalah nak rasa nasi minyak" dan banyak lagi.

 Kesimpulan di sini, bukanlah sombong atau mendabik diri tetapi kerana malu dalam bahagia! Mudah-mudahan kawan-kawan memahaminya.

 Jadi maafkan sahaja wanita-wanita status bujang ini sekirannya mendiamkan diri dan menjauhkan diri daripada teman-teman.

 Oleh itu wahai bidadari bersendirian, bersyukurlah dengan keadaan sekarang, kerana amanah seorang isteri itu amat berat dan terkadang tidak tertahan dek hati, tidak tertampung dek perasaan, tidak tertampan dek jiwa, tidak tergambar dek perkataan. Percayalah..


~ Tika Bidadari Berbisik ~

Khamis, 27 Februari 2014

Seorang Wanita..


Seorang wanita itu..

Walaupun bagaimana keras zahirnya.. Masih tersimpan santunnya...

Seorang wanita itu..

Walau mencuka panjang sedepa.. Masih tetap akan terbit manisnya...

Seorang wanita itu..

Walau ditahan-tahan air mata.. Pasti akan menitis jua akhirnya...

Seorang wanita itu..

Walau nampak lemah kudratnya.. Di dalam tersimpan energi yang tidak mampu ditandingi...

Sesiapa pun wanita itu..

Tetap cantik dipandangan ALLAH..

Kerana lantunan imannya..
Kerana sendu rindunya..
Dalam larutan tahajud dia berlagu...


 ~ Tika Bidadari Berbisik ~

Selasa, 25 Februari 2014

RinDu..

Rindu..



Apa lagi yang mampu dibicara tentang hal itu.
Makhluk-makhluk yang bernafas itu tahu, betapa rindu dihati itu bagai racun yang membunuh dalam diam.

Apa yang dikisah tentang rasa itu? Untuk apa dikenang akal dan merintih dalam pilu? Buangkan saja rasa itu jauh-jauh dari hati.

Cari saja pengganti diri yang telah hilang. Tetapi kepada siapa harus disembunyi perasaan itu yang sebati dalam diri?

Sungguh, diri itu tidak mampu memujuk hati dengan apa yang disuruh kerana hati itu bukan jejari yang boleh dikerat dan dibuang ke tepi.

Isnin, 24 Februari 2014

Lukisan Suara

Sekadar lukisan suara. Suara yang tidak berpangkah dan bercabang di hujungnya. Bersimpuhlah diri berulang kali dan hadap saja kebenaran yang terbentang di telapak tangan. Ah.. mentari itu hilang lagi dan rebahlah diri ini di lopak yang dicorak tangan sendiri..!!! Cerita sebuah lukisan yang tidak berwajah. Railah hati dan pujuklah si jiwa yang merana kerana apa yang terkisah adalah hati bakar sang mentari. Ah.. seorang hamba..!!! Wajahnya tersenyum lagi dalam kemaruk senja. Siapa yang akan percaya dan siapa pula yang akan membuka telinga..? Sesungguhnya,takdir itu adalah lakaran-NYA kerana DIA yang berkuasa.

Pasrah..

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku ‘kan ku bangun di atas satu cinta,

Ya Rabb, yang memiliki cinta yang sebenar-benar cinta
Bimbinglah hatiku agar terus mentaati-MU.

Bila ujian dari Allah datang menyapa, terasa lemah jiwa, mula lah fikir risiko yang terpaksa tanggung pada masa depan, otak mula memproses terlalu banyak masalah yang "mungkin" akan timbul.

Aku bagai terlupa kekuasaan Allah.
Lupa yang ujian ini punya hikmah yang tersembunyi.
Seakan terlupa yang Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-NYA.

Ya Rabb, ampunilah hamba-MU yang lalai ini, akan aku jalani serpihan hidupku dengan sebaiknya.
Terus berusaha menjadi hamba Allah yang solehah.

Ya Rabb, Kuatkan hati dan semangatku agar sisa hidupku dapat aku bantu mereka yang lebih memerlukan.. amin.

Telah tertakdir diriku menjalani segala kehendakMu Ya Rabb..
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu Allah yang Satu.

Terkisah bersedih bahagia di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya
Semua berjalan dalam kehendakNya nafas hidup cinta dan segalaNya

Bingkisan dari Hawa buat Adam

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan.
Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu.
Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa.
Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan?
Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa.
Hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca.

Kata mereka itu tanda lemah.
Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.
Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan.
Tidak sama sekali!
Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam,
Aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti,

Kerana aku,

Seorang Hawa,
juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya.

Hati yang punya sarat perasaan.
Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah.
Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya.
Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu.

Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

Bingkisan,
dari Hawa buat Adam.


Persoalan

Berkahwin..??

 Persoalan yang sangat susah untuk dijawab apabila di tanya.. perkahwinan bukan satu perkara yang mudah, banyak perkara perlu diselesaikan, banyak perkara yang perlu diambil kira..

 Bila persoalan tentang perkahwinan timbul, Aku hanya mampu tersenyum dan berdiam diri..

Selalu aku bertanya pada diri..
Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami?
Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai orang/ isteri yang dipimpin?
Mampuku diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu satu kelemahannya?
Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
Mampukah diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suami setulusnya?
Kelak adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?
Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka denganku?

Ya, benar takut tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan, namun aku yakin Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan, yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Sikap, karakter diri, dan penghayatan Islam pada diriku sendiri insya-Allah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.

Selalu aku berpesan pada diri,
Usah keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan.

Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.

Suami akan berubah, cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada jalan yang dicintai Allah.
inshaallah amin..